Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

 


 Assalamualaikum...


Saya Muhammmad Fadhli bin Kamarudin  merupakan seorang Mahasiswa dalam program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian yang telah mengambil subjek Penglahiran Bakat Kreatif sebagai subjek wajib di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus Penglahiran Bakat Kreatif ini di bawah bimbingan Dr. Kamariah binti Kamarudin.

Reaksi pertama sekali kerika menghadiri kursus ini ialah saya berasa sangat seronok kerana kursus banyak mempelajari berkaitan Kesusasteraaan Melayu. Kebetulan di Tingkatan 6, saya telah mengambil subjek Kesusasteraan Melayu dan Komunikatif. Saya juga berasa sangat selesa ketika berada di kelas kerana Dr Kamariah merupakan seorang pensyarah yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap para pelajarnya dan cara beliau mengajar sangat mudah untuk difahami dengan sempurna. Kelas ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar kerana kelas ini banyak memberikan nilai-nilai seni Kesusasteraan Melayu yang telah melahirkan lebih ramai sasterawan negara seperti Zurinah Hassan, Usman Awang, Siti Zainun Ismail dan A. Samad Said.  Selain itu, semangat dan perasaan saya cinta akan bahasa Ibunda itu membuatkan saya lebih bersemangat untuk curahkan bakat yang kurang seberapa ini terhadap subjek Penglahiran Bakat Kreatif.

Komen saya terhadap kursus Penglahiran Bakat Kreatif ialah kursus ini merupakan satu kursus yang amat bagus untuk para pelajar mempelajarinya. Kursus ini mampu mencungkil bakat-bakat terpendam yang ada pada diri pelajar . Di samping itu, dengan menghadiri kursus ini kita dapat mengetahui seni Kesusasteraan Melayu, ilmu mengarang dan dunia penulisan kreatif.

Harapan saya terhadap kursus Penglahiran Bakat Kreatif ini ialah saya berharap kursus ini dapat melahirkan lebih ramai sasterawan negara yang berjaya di samping dengan idea-idea kreatif yang baru serta berguna dan bernas demi masa hadapan, bangsa, masyarakat, individu dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Sajak: Kehidupan Norma Baharu