Cerpen: Masa Depan Yang Cerah

 



          Cerpen ini mengisahkan seorang insan yang bernama Muhammad Fadhli bin Kamarudin. Dia berumur 22 tahun. Dia juga menyambung pengajian di sebuah universiti penyelidikan iaitu Universiti Putra Malaysia dengan kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian tahun kedua. Gambar di atas merupakan sebingkai gambar alam langit. Sebab dan mengapa dia memilih atau mendapat ilham dari langit kerana langit merupakan alam yang indah dan boleh mencerahkan atau mewarnai kehidupan seharian kita. Langit juga merupakan sebahagian atmosfera atau angkasa yang boleh dilihat dari permukaan mana-mana objek astronomi. Di sini, dia akan menceritakan serba sedikit bagaimana atau cara dia mendapatkan ilham daripada langit tersebut.

                                  Pada masa itu, dia sedang berjalan-jalan ke kafe Kolej Pendeta Zaaba untuk membeli air Teh O Ais sarapan pagi. Setelah dia membeli air di kafe Kolej Pendeta Zaaba, dia terus berjalan-jalan untuk pulang ke bilik dia. Pada masa itu juga, dia buat keputusan untuk tidak balik dahulu ke bilik dia atas faktor ingin menenangkan fikiran sambil duduk di bangku kerusi bersebelahan dengan blok Cendikiawan dan pintar.

              Setelah duduk di bangku kerusi, dia sedang bermain telefon melayan tiktok. Kemudian, dia terlihat awan yang cerah bertukar jadi gelap. Dia mengambil keputusan untuk balik ke bilik kerana memikirkan hari mahu hujan. Semasa dalam perjalanan ke bilik, sekali lagi dia melihat awan yang gelap tadi menjadi cerah. Setelah dari itu, dia kembali ke bangku yang dia duduki tadi.

                                    Setelah dia sampai ke tempat tadi, dia terus melihat bangunan yang dibina kukuh di kira-kira agak jauh dari blok dia. Boleh kata 200 meter dari pandangan dia. Pada masa itu juga, dia terlihat mendung hitam tadi beralih jua dan suasana menjadi cerah. Dari situ juga, dia terlihat langit yang kebiruan. Setelah dari itu dia terfikir masa depan dia setelah keluar dari UPM.

                                     Suasana telah menjadi cerah, jam telah menunjukkan pukul 11:30 pagi dan dia masih lagi memikirkan pekerjaan apa yang sesuai  setelah tamatnya pengajian di universiti tercintaku ini.

                      Akhirulkalam, setelah sekian lama berfikir barulah dia tahu apa jua pekerjaan yang dia lalui nanti, pasti ada kebaikan dan hikmah yang akan dia peroleh nanti. Dia kembali ke bilik untuk berehat seketika. Sekian terima kasih.

 


Comments

Popular posts from this blog

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

Sajak: Kehidupan Norma Baharu