Isu Semasa ( Gangguan Bekalan Bermula Esok di Pulau Pinang)

 


Kira-kira 590,000 atau lebih 80 peratus penduduk Pulau Pinang akan berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 6 pagi esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air ( LRA) Sungai Dua.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan sekurang-kurangnya 101 di kawasan daerah Seberang Perai Utara ( SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut dan Barat Daya di kawasan Pulau akan menerima bekalan air selepas 72 jam.

Bagi memberi kemudahan kepada penduduk sepanjang berdepan gangguan bekalan air, PBAPP menggunakan 99 lori tangki air termasuk 27 tangki lori jumbo berkapasiti 40,000 liter untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air yang dijangka hingga 6 pagi 14 Januari itu.

Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata tugas pembaikan LRA Sungai Dua membabitkan penggantian dua injap sepanjang 1,200 milimeter di dalam saluran air paip terawat utama yang mengalami kebocoran.

"Ia membabitkan kerja penyelenggaraan berskala besar selain membabitkan projek air sampingan di 22 lokasi lain di seluruh negeri khususnya injap rosak dan bocor dengan ada bahagian yang tidak diganti selama 50 tahun.

Kerja pembaikan mengambil masa sehari dan selepas selesai kami akan membekalkan semula bekalan air secara berperingkat dan kami jangka bekalan air akan pulih seperti biasa antara 48 jam sehingga 96 jam. 

Comments

Popular posts from this blog

Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Sajak: Kehidupan Norma Baharu