Kritikan Terhadap Drama (Dia Isteri Luar Biasa)

 

Sambutan yang diterima oleh drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) yang sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 amatlah memberangsangkan. Hampir setiap petang episod Dia Isteri Luar Biasa menjadi perbualan ramai di media sosial sehingga popular. Namun Dia Isteri Luar Biasa turut sama mendapat kriikan. Ada yang menganggap ia sebuah drama yang tidak bermoral. Malah ada juga yang mengkritik kerana Dia Isteri Luar Biasa memaparkan aksi yang bersentuhan melampau antara pelakon utamanya iaitu Nur Fatiha dan Syukri Yahaya.

Antara kritikan lain ialah pada awal cerita Dewi Yusra (Nur Fatiha) menyimpan niat untuk melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji dan tanpa bernikah. Sudah tentu ia bercanggah dengan apa yang diajar oleh agama kita. Selaku penerbit, Ziela Jalil menjawab krtikan dan kecaman yang diterima oleh Dia Isteri Luar Biasa. Kata Ziela;

Apa yang digambarkan mengenai watak Dewi Yusra mahu mempunyai anak menerusi kaedah tabung uji hanya niat hati. Dalam Islam pun kalau kita ada niat buruk tetapi tidak melaksanakan bisik hati itu, Allah tidak akan menjatuhkan hukum yang kita berdosa, sebaliknya kalau kita memasang niat hati yang baik akan diberikan ganjaran pahala. Kalau kita lihat kembali watak Dewi Yusra, dia hanya pasang niat tetapi sekarang sudah bernikah dengan Dr Raden Amzar lakonan Shukri.

Pihak penyiar iaitu TV3 juga peka mengenai perkara itu (aksi sentuhan keterlaluan) dan suntingan turut dibuat sekiranya ada babak yang dipaparkan dirasakan keterlaluan. Saya faham sebagai pengarah, babak-babak itu diwujudkan untuk menunjukkan kehidupan berumah tangga di antara Dewi dan Amzar agak nampak realistik. Lebih-lebih lagi babak Amzar berusaha mengubah Dewi yang trauma dengan lelaki gara-gara pengalaman pahit ketika kecil.

Cuma apa yang saya ingin katakan kepada penonton, lihatlah drama ini sehingga episod akhir dan barulah komen. Sekiranya ada komen atau rasa tidak puas hati selepas itu datanglah kepada saya dan berikan maklumbalas. Segala komen itu boleh digunakan untuk memperbaiki corak persembahan dalam drama terbitan Pena kreatif berikutnya.

Secara jujur, kalau boleh dikurangkan babak yang melibatkan bersentuhan sudah tentu akan nampak manis di mata kita. Banyak cara untuk menunjukkan sisi romantis pasangan suami isteri di dalam drama. Namun seperti yang dikatakan Ziela Jalil selepas ini segala maklum balas dan komen akan digunakan untuk memperbaiki drama terbitan syarikatnya. Semoga ada perubahan di masa hadapan. Buat masa ini, sama-samalah kita nikmatilah drama Dia Isteri  Luar Biasa.  

Comments

Popular posts from this blog

Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Sajak: Kehidupan Norma Baharu