Lokasi Yang Dikunjungi ( Pulau Langkawi)

 

 Langkawi merupakan kawasan kepulauan dalam negeri Kedah Darul Aman Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular d Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan  pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau di mana pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

Nama Langkawi ialah kombinasi antara Lang dan Kawi. Lang diambil diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati. Ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga beerti tulisan Kawi. Kawi merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur batu merah yang digunakan sebagai kapur untuk menandakan barang. Lambakan Batu Kawi juga terdapat banyak di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti dan juga dilihat sedang berdiri di atas Batu Kawi.

Kawi dalam bahasa sanskrit ialah guli, di mana guli ditemui sebagai pertemuan bahagian di Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, maka kawi membentuk perkataan Helangkawi yang kemudian menjadi Langkawi.

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber Sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod Sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai Langgasu yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit iaitu Langka (keindahan) dan Wi (tidak terkira)

Comments

Popular posts from this blog

Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Sajak: Kehidupan Norma Baharu