Tokoh Motivasi ( Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah bin Kamsah)

 


Dato' Fadzillah dikenal sebagai pakar motivasi yang handal. Beliau berasal dari Malaysia yamg lahir di Kampung Sungai Pinang, Klang Selangor. Pada 16 Julai 1951. Pada tahun ini, beliau sudah lebih dari 35 tahun menjadi motivator untuk 12,000 lebih sesi motivasi dengan jumlah peserta hingga 300,000 orang dari  kalangan pelajar hingga orang dewasa.

Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dengan tangga kelas "Kepujian Kelas Pertama" dengan jurusan Sains Pertanian pada tahun 1975. Kemudian, Dato' Fadzillah melanjutkan pendidikannya ke University Of Wisconcin dan mendapat gelaran PHD. Pada tahun 1984 dengan kursus yang berkaitan komunikasi.

Kerjayanya dimulai dengan menjadi seorang penceramah di Universiti Putra Malaysia sejak tahun 1977 selama 17 tahun hingga tahun 1993. Beliau memutuskan untuk mendalami ilmu motivator serta mendirikan organisasi yang menyediakan layanan kaunselling dan motivasi untuk keluarga.

Beliau bukan sahaja sebagai motivator, beliau juga seorang penulis buku sehingga kini berjumlah 40 judul. Selain itu, beliau juga pernah mengadakan seminar motivasi hingga ke Singapura. Hal yang dapat kita teladani dari Dato' Fadzillah adalah dengan kemahuannya untuk terus belajar dengan  mengembangkan ilmu demi mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Comments

Popular posts from this blog

Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Sajak: Kehidupan Norma Baharu