Posts

Showing posts from December, 2023

Pengarang Sastera ( Baha Zain- Sasterawan Negara ke-12 (2013) dipetik dari DBP)

Image
  Baha Zain dilahirkan di Batu 15, Hutan Melintang Perak,  pada 22 Mei 1939. Beliau mendapat pendidikan awalnya di Sabak Bernam Selangor hingga tamat darjah empat pada tahun 1949. Ketika berumur 11 tahun, anak bongsu ini meninggalkan kampungnya untuk memasuki Anglo Chinese School, Teluk Anson hingga tahun 1957 dan lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan. Kemudian, beliau belajar di Sekolah Anderson, Ipoh dalam Tingkatan Enam. Seterusnya, beliau memasuki Universiti Malaya pada tahun 1960 dan lulus Sarjana Muda Sastera pada tahun 1963. Setelah menamatkan pengajian, Baha Zain bertugas di Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penolong Pegawai Penyelidik mulai Julai 1963. Sebelum itu, beliau pernah bekerja sementara di Dewan Bahasa dan Pustaka sewaktu cuti panjang universitinya. Kemudian pada tahun 1966, beliau berpindah ke Bahagian Perkamusan sebagai Penolong Ketua Bahagian bagi membantu penyusunan Kamus Dewan. Setelah itu, beliau mendapat cuti untuk belajar di Fakult

Komentar Berkaitan Kursus BBK 3410 Penglahiran Bakat Kreatif

Image
    Assalamualaikum... Saya Muhammmad Fadhli bin Kamarudin  merupakan seorang Mahasiswa dalam program Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian yang telah mengambil subjek Penglahiran Bakat Kreatif sebagai subjek wajib di Universiti Putra Malaysia (UPM). Kursus Penglahiran Bakat Kreatif ini di bawah bimbingan Dr. Kamariah binti Kamarudin. Reaksi pertama sekali kerika menghadiri kursus ini ialah saya berasa sangat seronok kerana kursus banyak mempelajari berkaitan Kesusasteraaan Melayu. Kebetulan di Tingkatan 6, saya telah mengambil subjek Kesusasteraan Melayu dan Komunikatif. Saya juga berasa sangat selesa ketika berada di kelas kerana Dr Kamariah merupakan seorang pensyarah yang sangat prihatin dan mengambil berat terhadap para pelajarnya dan cara beliau mengajar sangat mudah untuk difahami dengan sempurna. Kelas ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk belajar kerana kelas ini banyak memberikan nilai-nilai seni Kesusasteraan Melayu yang telah melahirkan lebih ra

Cerpen: Masa Depan Yang Cerah

Image
            Cerpen ini mengisahkan seorang insan yang bernama Muhammad Fadhli bin Kamarudin. Dia berumur 22 tahun. Dia juga menyambung pengajian di sebuah universiti penyelidikan iaitu Universiti Putra Malaysia dengan kursus Bacelor Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian tahun kedua. Gambar di atas merupakan sebingkai gambar alam langit. Sebab dan mengapa dia memilih atau mendapat ilham dari langit kerana langit merupakan alam yang indah dan boleh mencerahkan atau mewarnai kehidupan seharian kita. Langit juga merupakan sebahagian atmosfera atau angkasa yang boleh dilihat dari permukaan mana-mana objek astronomi. Di sini, dia akan menceritakan serba sedikit bagaimana atau cara dia mendapatkan ilham daripada langit tersebut.                                   Pada masa itu, dia sedang berjalan-jalan ke kafe Kolej Pendeta Zaaba untuk membeli air Teh O Ais sarapan pagi. Setelah dia membeli air di kafe Kolej Pendeta Zaaba, dia terus berjalan-jalan untuk pulang ke bilik dia. Pad

Sajak: Kehidupan Norma Baharu

Image
  18 Mac 2020 Tarikh keramat pembunuh nyawa dengarnya Seronok tetapi akhirnya binasa Namanya yang cukup mengerikan Sampai mengancam seluruh dunia   Tak kusadari mengenai kewujudannya Tak diundang kedatangannya Tak diduga ketibaanya   Hampir 3 bulan, Jiwaku meronta-ronta inginkan kebebasan Hidup dalam ketakutan Hidup dalam kesusahan Hidup dalam kemurungan   Dia yang menggempar seluruh dunia Membawa kejatuhan, keregangan dan keretakan Alhamdulillah berkat Allah menurunkan ia si Frontliner Dia dibunuh dan dihenyaknya mereka   Akhirnya, Aku sudah bebas Dialah si pembunuh bersiri Dialah si COVID-19 yang ditakuti ramai Bermulalah episod yang baharu   Esok yang baharu, Ibarat kain putih berlebar biru Tolonglah aku rayu Dengarlah arahan, nasihat dan peringatan Jika tidak anda binasa

Sajak Rindu Yang Tak Bertepi

Image
  Ibu, Degupan jantungku senantiasa berdebar-debar Memikirkan perlakuanmu di atas sana   Ibu, Maafkanlah anakmu ini ibu Ku tidak mampu jadi anak yang soleh untukmu ibu Di saat Mu hidup Ku sering melawan kata-kata Mu sampai hatimu Tersinggung. Jika Mu masih lagi hidup, Ku akan berjanji jaga Mu sebaik-baiknya Tapi semuanya sudah pun terlambat Mu telah mengadap Ilahi   Ibu, Kami semua amat merinduimu ibu Hidup kami bagai tiada arah tujuan ibu Dengan pemergianmu, Jiwa kami terasa kosong Ibu Kami masih memerlukanmu ibu Ku masih lagi teringat masakanmu ibu Di saat Mu tiada, Hidup kami serba kekurangan Hilanglah doa, hilanglah seri, hilanglah gelak tawamu, Hilanglah pelukkanmu dan hilanglah segalanya, Kini, hanya doa yang kami boleh panjatkan Al-Fatihah untukmu ibu.  

Buku Sastera ( Sastera Melayu Islam Konsep Teori Dan Aplikasi)

Image
  Sastera Melayu Islam: Konsep, Teori dan Aplikasi memuatkan perbincangan merangkumi sejarah, perkembangan, analisis, bentuk dan kandungan teks sastera Islam, yang disertakan dengan contoh karya daripada penulis terpilih dan disokong dengan teori sastera tempatan. Buku ini turut menyampaikan aspek penting berkaitan Islam, iaitu akidah, tauhid, syariat dan amal ibadah serta tasawuf yang terdapat dalam karya Kesusasteraan Melayu, khususnya genre puisi. Melalui buku ini, pembaca dipaparkan dengan kajian kes yang melibatkan teks bukan sahaja dari Malaysia tetapi Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Rangkuman analisis karya dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam dapat meluaskan skop pasaran sekali gus menjadikan buku ini sebagai dokumentasi yang berguna untuk rujukan dan penyelidikan pada masa akan datang. Kelahiran teori kritikan sastera daripada perspektif Melayu dan Islam di Malaysia pada tahun 1980-an disebabkan para sarjana Melayu berpendapat wujudnya kelemaha