Posts

Isu Sastera, bahasa dan budaya (Martabat bahasa, sastera, budaya kukuh jati diri)

Image
  Sekitar tahun 1970-an dan 1980-an, Persatuan Bahasa Melayu dan Kelab Sastera menjadi tumpuan aktiviti pelajar untuk berkarya dalam memanfaatkan kebebasan dan menjuarai masalah rakyat. Mereka memanfaatkan ruang yang ada untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan membawa wacana pemikiran besar mengenai pembangunan rakyat ke kampus. Malah, ada dalam kalangan sasterawan besar negara pun memulakan kerja kreatif mereka semasa berada dalam kampus. Mereka menjadi suara bukan sahaja yang bersifat sangat peribadi tetapi jugaa dalam hal-hal perjuangan untuk memartabatkan bahasa, sastera dan budaya. Hal ini penting jika kita serius untuk memastikan bahasa, sastera dan budaya kita berada pada tahap yang tinggi dan dihormati, sekali gus mendorong mahasiswa berfikir secara bebas mengenai masyarakat. Pada masa yang sama, dapat menyeimbangkan di antara kekuatan Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan sebagainya yang dianggap sebagai 'teknologi tinggi'(high-tech) dengan kekuatan jiwa rohani (high-to

Isu Semasa ( Gangguan Bekalan Bermula Esok di Pulau Pinang)

Image
  Kira-kira 590,000 atau lebih 80 peratus penduduk Pulau Pinang akan berdepan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula 6 pagi esok bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air ( LRA) Sungai Dua. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan sekurang-kurangnya 101 di kawasan daerah Seberang Perai Utara ( SPU) dan Seberang Perai Tengah (SPT) dijangka menerima air selepas 48 jam, manakala 157 kawasan membabitkan daerah SPT, Seberang Perai Selatan (SPS) dan Timur Laut dan Barat Daya di kawasan Pulau akan menerima bekalan air selepas 72 jam. Bagi memberi kemudahan kepada penduduk sepanjang berdepan gangguan bekalan air, PBAPP menggunakan 99 lori tangki air termasuk 27 tangki lori jumbo berkapasiti 40,000 liter untuk menghantar bekalan kepada pengguna yang terjejas dengan gangguan bekalan air yang dijangka hingga 6 pagi 14 Januari itu. Sementara itu, pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berk

Kritikan Terhadap Drama (Dia Isteri Luar Biasa)

Image
  Sambutan yang diterima oleh drama Dia Isteri Luar Biasa (DILB) yang sedang ditayangkan di Slot Akasia TV3 amatlah memberangsangkan. Hampir setiap petang episod Dia Isteri Luar Biasa menjadi perbualan ramai di media sosial sehingga popular. Namun Dia Isteri Luar Biasa turut sama mendapat kriikan. Ada yang menganggap ia sebuah drama yang tidak bermoral. Malah ada juga yang mengkritik kerana Dia Isteri Luar Biasa memaparkan aksi yang bersentuhan melampau antara pelakon utamanya iaitu Nur Fatiha dan Syukri Yahaya. Antara kritikan lain ialah pada awal cerita Dewi Yusra (Nur Fatiha) menyimpan niat untuk melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji dan tanpa bernikah. Sudah tentu ia bercanggah dengan apa yang diajar oleh agama kita. Selaku penerbit, Ziela Jalil menjawab krtikan dan kecaman yang diterima oleh Dia Isteri Luar Biasa. Kata Ziela; A pa yang digambarkan mengenai watak Dewi Yusra mahu mempunyai anak menerusi kaedah tabung uji hanya niat hati. Dalam Islam pun kalau kita ada niat buru

Kritikan Terhadap Filem ( Seniman Bujang Lapok)

Image
          Berdasarkan tontonan yang dilakukan kepada filem ini. Pengkaji merasakan bahawa Seniman Bujang Lapok masih mengikut jejak langkah filem-filem yang berkait dengan Bujang Lapok iaitu daripada segi jenaka, sindiran dan gelagat yang diberikan terhdap filem ini. Banyak perkara yang ditoljolkan dalam filem ini yang bukan sahaja dalam masyarakat dunia filem-filem Melayu khususnya juga manusia yang duduk di rumah sewa mempunyai pelbagai ragam dan kerenah.              Dari segi persembahan, filem ini tetap melucukan kepada khalayak ramai. Peranan pelakon-pelakonya juga tidak mengecewakan kepada semua orang. P. Ramlee, Aziz dan Sudin ketika berada di tempat penggambaran ketika Ahmad Nisfu mengarah dengan bintang undanganya Hashimah Yon dan S. Kadarisman dibuat dengan begitu lucu sekali. Peristiwa-peristiwa di rumah sewa di mana Mohd Rafee terkejut apabila motorsikalnya terbang ke atas bumbung, dan ketika H.M. Busra diikat oleh P. Ramlee, Aziz dan Sudin kerana memekakkan telinga dengan

Lokasi Yang Dikunjungi ( Pulau Langkawi)

Image
   Langkawi merupakan kawasan kepulauan dalam negeri Kedah Darul Aman Malaysia. Pulau ini diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan yang paling popular d Malaysia. Langkawi merupakan suatu gugusan  pulau yang terdiri daripada 99 buah pulau di mana pulau Langkawi merupakan yang terbesar. Nama Langkawi ialah kombinasi antara Lang dan Kawi. Lang diambil diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati. Ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih. Kawi juga beerti tulisan Kawi. Kawi merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kaw

Tokoh Motivasi ( Dato' Dr. Haji Mohd Fadzillah bin Kamsah)

Image
  Dato' Fadzillah dikenal sebagai pakar motivasi yang handal. Beliau berasal dari Malaysia yamg lahir di Kampung Sungai Pinang, Klang Selangor. Pada 16 Julai 1951. Pada tahun ini, beliau sudah lebih dari 35 tahun menjadi motivator untuk 12,000 lebih sesi motivasi dengan jumlah peserta hingga 300,000 orang dari  kalangan pelajar hingga orang dewasa. Beliau merupakan lulusan Universiti Malaya dengan tangga kelas "Kepujian Kelas Pertama" dengan jurusan Sains Pertanian pada tahun 1975. Kemudian, Dato' Fadzillah melanjutkan pendidikannya ke University Of Wisconcin dan mendapat gelaran PHD. Pada tahun 1984 dengan kursus yang berkaitan komunikasi. Kerjayanya dimulai dengan menjadi seorang penceramah di Universiti Putra Malaysia sejak tahun 1977 selama 17 tahun hingga tahun 1993. Beliau memutuskan untuk mendalami ilmu motivator serta mendirikan organisasi yang menyediakan layanan kaunselling dan motivasi untuk keluarga. Beliau bukan sahaja sebagai motivator, beliau juga seora

Tokoh Agama (Tok Ku Paloh al Aldrus)

Image
  Sayyid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad al-Aidrus merupakan seorang tokoh ulama berketurunan Sayyid yang berpengaruh di Terengganu dan Patani. Beliau dilahirkan pada tahun 1233 Hijrah bersamaan tahun 1817 Masihi di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Beliau menerima pendidikan awal pengajian ilmu-ilmu agama daripada bapanya, Sayyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali sebagai Tok Ku Tuan Besar, seorang tokoh ulama yang berpengaruh dalam hal ehwal agama Islam di negeri Terengganu. Tok Ku Paloh kemudiannya melanjutkan pengajian agamanya di Makkah dan berguru dengan ramai ulama. Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu , beliau memusatkan aktiviti pengajaran agamanya di Kampung Paloh, Terengganu. Antara anak muridnya ialah tokoh-tokoh ulama pejuang tanah air seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Jangggut, malah baginda Sultan Terengganu sendiri ketika itu iaitu Sultan Zainal Abidin III. Beliau begitu berpengaruh dalam kerajaan Terengganu sehingga dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Neg